Tuesday, April 22, 2014

....................... (tak der tajuk lagi)

2014 da di bulan April. Sungguh lama tak menullis. Berehat panjang. Melayan karenah si kembang Ejlali Aliah y baru nak bangun memapah. pelbagai kekangan.
MAAF .... terpaksa menolak tempahan dan operasi bakul di hentikan dahulu. 
Namun bagi tempahan gubahan bunga manik+kristal masih di teruskan.
Lama benor tak menulis. Idea mcm tak der jer..... ok lah.... sekian dulu lah.

Monday, June 11, 2012

Menawan Puncak Air Terjun Jerengkang

Hai,.... Salam semua. Pagi selasa yang ceria-ceria nie.
Mood kerje tu ada up cikit ler kan daripada semalam.... huhuhuhu... erm.. nak inform di cini... pada 23 & 24 Jun 2012 nie belia, beliawanis, pemuda pemudi...sama ler semua tukan...akan aderkan program menawan air terjun jerengkang... di kampung nie... ini program cari bukti... hehehe..(cam tak puas hati jer).... orang luar dah datang beramai-ramai sampai puncak...kiter nie haaa... yang dok kat cini tok lepas-lepas lagi....kecian kat awokmer semua yer....(kat muka sendiri jugak)...huhuhuhuhu.....
Kalau ader yang berminat tu....roger2 ler along yer....

Sunday, June 3, 2012

Felt Pillow

Salam pagi isnin semua.... kalau masa kerje dulu...pepagi isnin nie...adoiyaiii...monday blues.... mood nak keje tu datang lambat cikit...melangkah g tempat keje pun mcm lambat ajer nak sampai...hehehehe..pepagi nie nak menjamu mata dengan hasil terbaru kDe dengan flet nyer tu. Bakul along pun tak ter up2 lagikan.... nanti kang blog nie penuh denngan post dia jek...... ok lah.... kalau ader yang berkenan nak bertanya pada kDe, boleh email ke pada dia di azinyus@gmail.com.Ini tempahan yang dia baru siapkan....





Monday, May 28, 2012

Tempahan

Sebelum-sebelum nie, tak sempat nak up order dari customer alongbakulrotan. Kali ni akan cuba lah untuk up order-order tu. Kekadang tu masa tak sibuk, mood tak der nak sentuh keyboard tu. Bila mood ader, sibuk pulak... huhuhuhu
Order Julia dr Kelantan. Majlis Pertunangan tema oren (bakul Buah + dulang)

Felt Craft - Angry Bird

Erm... nak cerita flet crat lagi. ader barang baru.... Opss.... projek baru kDe buat dengan kain-kain flet dia tu. Ape lagi...semua nyer ngah demam angry bird.... memenuhi kehendak anak tercinta katanyer.... Nak masuk order jugak lah kDe. Buatkan utk anak-anak buah mu yang di kg nie....

Bekas Telur Bertutup

Bekas telur ini lain dari sebelum ini. Kali ini lengkap ada penutupnyer. Yus upload dulu untuk bekas yang warna putih ( warna rotan ). Tak celup pewarna pun. Warna asli... hehehe. Jika ada yang nak sesuaikan dengan warna tema majlis boleh inform pada Yus. Kebanyakkan permintaan lebih suka warna asal. Senang nak di tambah reben-reben hiasan katanyer. Terpulanglah pada citarasa masing-masing. Yang penting jangan pening.... pinjam ayat FBi.... u ols... nak warna aper.... Kamera tepon biasa... gambo pun biasa lah ....

Bekas Telur Bertutup (RM2.80/unit)   

Felt Craft

Hye! dan salam semua.... Ceria-ceria selalu.
Tadaaa.... tu dia projek baru adik Yus (Kak De) di JB. Dia nak buat projek tu ruper nyer. ingat aper dia. Erm.... mari ler kiter nengok hasil nyer yang dia hantar pada Yus. Nice sangat...

Awal da buat Key Chain Love yer....
 Erm...nie percubaan buat kerongsang
Sepit rambut Eqa.....lepas nie da tak susah-susah nak g kedai beli cepit rambut comel yer. Boleh ler Eqa tukar-tukar sepit rambut... I like wana merah..... =)
Nie dia model ... betul-betul bagi amik gambor sepit rambut jer....Luv it...


Bergaya cikit bakul kakak mu ini apabila diletakkan key chin itu.... mekasih yerk. Buat bebanyak pos kg ok.
Ader produk baru jangan lupa bagi Along. boleh ler Along memenuhkan blog nie yang jarang nak update. Gambr bakul baru pun tak masuk lagi dah sibuk buat hal lain yer.... Huhuhuhu...sekejap jer.... Sedang menyusun edit gambar yang ader nie... Harap bersabar yer....

Wednesday, May 23, 2012

KOLEKSI BEG

Kod:BG006
Warna:Putih+Hijau
Harga:RM48.00
Saiz:10x5x10 inchi





Kod:BG007
Warna:Putih+Purple+Biru (line)
Harga:RM48.00
Saiz:10x5x10 inci




Salam 2012
Alhamdunillah..... dah pertengahan tahun dan sudah pun memasuki bulan Rejab. 
Alhamdunillah....syukur pada Mu Ya Robb.....
Sudah terlalu lewat bagi tahun ini untuk memulakan entry.... maybe ramai tertanyer tanyakan.....yus nie ader ke tak....jalan ker tidak projek bakul ini kan. Maafkan yer semua..... bermula 2012 nie sememang nyer agak terbusy sedikit....sikit jer...tapi tu lah...hehehehe...tak menyempat...bila dok terpikir-pikir, aper yerk yang buat sampai tak sempat...ker tak der idea...hehehe..entah lah....
Awal tahun busy dengan pameran bersama KEMAS, pergi krusus, program PUTERI, adik nak kawen, kawan saudara-mara lagi..... erm... tu lah dia yer....
Tapi itu lah dia, mana yang utama di dahulukan... mana yang kemudian di kemudiankan....ye tak....
Projek bakul mmg banyak.... ader juga design yang terlepas untuk di uploadkan dan di snap....sayang dan terasa rugi pulak, tapi nak wat guane yer aowok mer...hehehe. tekeluar pulak yer slang....
Insya Allah dalam masa terdekat nie akan cuba di up kan foto-foto baru. Di blog nie lambat cikit lah, namun u ols bleh nengok di FB yus ok. Di FB tu senang cikit nak up nyer... Tak pandai sangat nak laju2 di blog nie.... maklumlah.. bila buka lappy... kiri kanan da penuh askar2 nak menumpang menengok juga.... nak tunggu time mrk tido...yus yang tido dulu...kikikiki. 
Okeh semua;
TERIMA KASIH mengunjungi blog tak seberapa nie.
TERIMA KASIH membuat pembelian.
TERIMA KASIH sabar menunggu yus replay msg.

psst...psst... ader projek baru. adik yus yang buat. Nantikan kemunculan dia yer di blog nie...


Saturday, July 9, 2011

Key Chain Rama-Rama

RM 2.50 1 pcs

Key Chin nie ringan jer..... ada dalam macam2 warna..... sesuai untuk dijadikan cenderahati ... tahan lama.

Wednesday, May 25, 2011

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru

Sempena hari ibu & hari guru tempoh hari... beberapa tempahan di terima..... maaf bagi pelanggan yang terpaksa tidak diterima tempahan dan agak lewat terima tempahan......
Jangan serik tau....... erm.... yus mohon bebanyak kemaafan dan.... semoga dengan ada hari yang di khususkan untuk para ibu dan guru ini membakar semangat untuk lebih motivasi demi tugasan mendidik pewaris negara masa hadapan......
Hasil kerja yang sempat di rakamkan...... buat tatapan pelayar blog sekalian.... terima kasih singgah di blog yus...

pokok bunga kristal + manik warna purple


Di isi dalam bakul comel + ikat reben

  Siap dah.....

Thursday, March 10, 2011

Bonsai Bunga Kristal+Manik II

Apa khabar pengunjung
semua.... bonsai bunga kristal + manik kembali lagi..... beberapa rekaan terbaru hasil yuskreatif...semoga ada yang mampu menawan hati para pengunjung sekalian......

Warna: Unggu

Warna: Merah

Warna: Biru

 Warna: Hijau Lumut


 Warna: Coklat


Monday, December 27, 2010

Pr0gram Penutup 2010

Erm..... seminggu penutup 2010 nie, kena g kursus pulak. De Rhu Beach Resort, Balok , Kuantan. Cantik juga tempat dia. Papehal pun enjoy gak. Keperluan sekolah anak-anak dah selesai..... tak lah pening.

Friday, December 24, 2010

Dulang Pelbagai Guna

Beg & Dulang Pelbagai Guna















Beg
Warna: Purple + Putih
Saiz: 6x1x12 inc

Dulang
Warna: Putih
Saiz: 6x4x2.8x inc

Jika rakan2 ada permintaan untuk lain2 warna tepon jer yus okeh.

Thursday, December 23, 2010

Bakul Barang Baby

Salam semua.....
terima kasih melawat blog Yus. Selalulah yer datang ke sini kerana akan sentiasa ada update terkini berkaitan bakul2 terbaru. Ini adalah bakul mengisi kelengkapan barangan bayi. Sesuai untuk menyimpan lain2 barangan pun boleh. First Yus buat ada tempahan untuk isi barangan baby. Tapi, kalau kiter kreatif pelbagai perkara kiter dapat buatkan ......Huhuhuhu... =)







Bakul Kelengkapan Baby
Saiz: 12x6x10 inchi
Warna : Putih
Berpenutup.


Sesuai dijadikan bekas untuk mengisi lampin, botol susu, pakaian baby dan yang seangkatan dengannya. Memudahkan para ibu2 semasa tempoh berpantang.

Friday, December 10, 2010

Pameran Di ECM Kuantan

11hb-14hb Dec 2010....yus akan berada di ECM Kuantan adakan pameran bersama KEMAS dan Tengku Puan Pahang. Temui yus di sana.... pelbagai baru baru dengan rekaan yang menarik serta warna-warni.... Dapatkan 1 untuk anda semua.... Pastinya pada harga yang menarik....















Antara bakul2 baru untuk pameran....
Jemput datang semua rakan datang ke gerai pameran Yus di sana. Dapat melihat secara dekat bakul2 yang cantik dan comel ini....

Foto Sekitar Pameran

Tak dapat amik banyak gambar. Kamera lupa nak pinjam dgn ayahanda. Telepon pun tak dpt simpan byk. 2 keping jer..... sedih tol.....

Tuesday, November 23, 2010

Bonsai Bunga Kristal+Manik


Bonsai bunga kristal ini sesuai untuk dijadikan cenderamata, hadiah dan hiasan. Renek rendang saja. Macam Anggur pun ada. First time dulu cuba buat untuk anak bagi hadiah kepada cikgu dia. Alhamdunillah sambutan menggalakan. Harga mengikut saiz. Yang paling kecil bermula dari RM10.00. Tapi gambar untuk RM 10.00 tu tak dpt di upload. Tempohari terlupa nak snap gambar dulo.


RM150.00



Sunday, November 21, 2010

Cenderahati Tetamu










Kod:CDT001
Item:Udang
Warna: Pink


Udang
Dalam post yang terdahulu along ada juga cerita mengenai udang ini. Tetapi tidak lah secara khusus. Memandangkan ada pertanyaan dari rakan pengunjung, kali ini along buat post khas berkaitan udang ini.

Terdapat dalam pelbagai saiz. Dari XS, S, M, L, XL, XXL. XXXL ..... dan jika ada mahu yang lebih besar dari saiz yang ditawarkan boleh juga. Ia di perbuat dari plastik tahan lasak, ringan dan warna tahan lama.

Di bahagian perut udang itu boleh diletakkan telur, sapu tangan, coklat, jeruk kering atau apa sahaja mengikut citarasa masing-masing.

Sunday, October 17, 2010

Konsep Perkahwinan Ditaman @ Inggeris Style

semasa majlis adik ari tu... along buat 2 bentuk bekas telur.... bentuk gelas dan bentuk cawan. betuk gelas tu dia tinggi mcm gelas. Bentuk cawan tu tentulah rendah sedikit dari gelas. macam cawan kopi gitu. Along kategorikan dia sebagai berkonsepkan perkahwinan di taman atau inggeris style nie coz hiasanya hanya menggunakan bunga2 kecil.... so comel...

















cawan/gelas

tema warna Coklat/oren
















BT008
bakul bentuk gelas hiasan ringkas......


















BT009
bakul bentuk cawan




Walaupun majlis adik sudah lama berlangsung. Tak sempat lagi nak up lain2 design. Erm... tempohari jumaat 15/10/10 buat pameran di R&R Gambang. Stesyen minyak Petronas di sana buat hari bertemu pelanggan. ada beberapa khemah untuk sudut pameran. Alhamdunillah berjalan dengan baik program itu.

Wednesday, October 6, 2010

Udang Di kereta

Salam ceria,
Along nak up gambar udang yang disnap di kereta adik along yang duduk diJB. Moga pengunjung dapat lah gambarannya.